Bengkel Systematic Review Jabatan Oftalmologi PPUKM 2019
Pada 19 – 20 September 2019, Jabatan Oftalmologi Pusat Perubatan UKM telah menganjurkan bengkel Systematic Review buat yang pertama kali di Vivatel Kuala Lumpur. Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pensyarah pelatih, MO, pembantu penyelidik telah hadir selama 2 hari di bengkel tersebut. Objektif bengkel ini adalah bagi memberikan latihan terus kepada para peserta berkenaan kaedah bagi menghasilkan artikel systematic review supaya dapat meningkatkan penerbitan dari ahli Jabatan.
Trainer dari Nordin Kamil Consulting; En Abid & En. Hidir menyampaikan sesi syarahan berkenaan topik-topik yang berkaitan seperti pengenalan, membina kerangka soalan, pencarian di pangkalan data, proses saringan, pengurusan fail, ekstraksi data dan penilaian kualiti dan penulisan artikel. Setiap topik turut memuatkan sesi praktikal di mana setiap peserta akan membuat terus carian dengan bantuan fasilitator secara langsung.
Diharapkan semua peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkenaan database searching supaya lebih banyak artikel-artikel berkualiti yang akan dapat dihasilkan oleh Jabatan.