Hari Inovasi Jabatan Oftalmologi 2019

 

Tanggal 18 Oktober 2019 yang lalu Jabatan Oftalmologi telah mengadakan Hari Inovasi bagi tahun 2019 dengan tema “ servis berkualiti pemangkin inovasi “ .Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membangkitkan kesedaran tentang kepentingan melakukan inovasi di kalangan kakitangan samada di klinik , wad , dewan bedah mahupun jabatan oftalmologi demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit sekaligus menaikkan imej dan kualiti perkhidmatan Oftalmologi.Selain dari itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan gabungan cetusan idea dan produk yang kreatif dan inovatif dalam aspek kerja yang boleh merangkumi sebarang perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara kerja atau pengenalan teknologi.

 Program ini telah dirasmikan oleh YM Prof Dr. Raja Affendi Raja Ali  selaku Dekan Fakulti Perubatan UKM.Turut memeriahkan hari Inovasi ini , Dr. Kalaivani  Chellapan dari Pusat Kejuruteraan Elektronik & Komunikasi Terkehadapan ( PAKET ) UKM , Prof Dr. Mohd Yazid Bajuri dan Encik Mohamad Norman Mohd Nordin telah dijemput sebagai juri yang memberi pemarkahan kepada para peserta kumpulan.

Sebanyak 14 kumpulan telah menyertai hari inovasi ini.Kesemua mereka adalah dari kakitangan klinik, wad dan pengurusan jabatan oftalmologi.Masing- masing tampil dengan semangat penuh berkeyakinan dan hasil kerja kumpulan yang berwarna warni .

Debaran para peserta hari inovasi berakhir apabila kemuncak program telah menobatkan;

1.Johan – kumpulan kreavasi B – Mencipta beberapa jenis sarung ubat titis mata menggunakan karektor kartun yang menarik seperti spongebob untuk menghindar rasa cemas dan takut kepada pesakit kanak-kanak.

2.Naib johan – Kumpulan kreavasi A – Mencipta flipboard yang dapat memberi gambaran yang jelas kepada pesakit tentang giliran mereka untuk melakukan ujian tahap penglihatan di bilik 9.Juga menyediakan manual sebagai garis panduan kepada pesakit.

Tempat ke 3 – Kumpulan Pro vision 20/20 – Membina prototaip aplikasi telefon pintar yang baru untuk memantau kepatuhan pesakit glaukoma dengan rawatan ubat titis mata yang diberikan.

Tempat keempat – Kumpulan A.I.M.S – Membina aplikasi telefon pintar yang dapat menguruskan stok dan status barang pakai buang di klinik dan jabatan Oftalmologi.

Tempat kelima – Kumpulan Diamod Dust – Menyediakan carta alir perkhidmatan di klinik dalam bentuk video dan bahan bercetak bagi kemudahan pesakit yang datang untuk temujanji dan rawatan.Penyampaian maklumat yang lebih berkesan kepada pesakit.

5 kumpulan yang telah terpilih untuk dikembangkan lagi idea dan inovasi mereka ke peringkat yang seterusnya ;

1.Kumpulan Zoom Excellent – Cermin mata occluder

2.Kumpulan Tiara – Applikasi telefon pintar untuk Imej fundus saringan kencing manis

3.Kumpulan iTeam – Aplikasi telefon pintar untuk pemeriksaan tahap kejelasan penglihatan.

4.Kumpulan Kreavasi B – Mencipta sarung ubat titis mata berkarektor kartun untuk pesakit mata kanak-kanak.

5.Kumpulan NoName – Penambah baikkan dalam teknik irrigasi mata

Acara yang bermula pada jam 8.00 pagi telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 4.30 petang.Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah semua peserta.Objektif program yang ingin menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan anggota jabatan ke arah memupuk budaya kreatif dan inovatif di tempat kerja jelas bakal tercapai.