Jualan Novel Dari Sinar Mata: Membongkar Kisah Teladan Penyakit Mata
Dari Sinar Mata: Membongkar Kisah Teladan Penyakit Mata merupakan buku yang mengandungi kumpulan cerita dan pengalaman hidup sebenar doktor-doktor pakar mata yang diolah dalam bentuk cerita pendek dan diakhiri dengan ulasan dari pakar. Buku ini ditulis oleh penulis yang telah menghasilkan novel dan antologi cerpen serta puisi bersama, tidak dilupakan puluhan buku akademik serta turut memenangi beberapa anugerah sayembara penulisan bersama dengan doktor yang berkhidmat di Klinik Mata Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Fungsi koleksi cerita pendek ini adalah supaya masyarakat awam akan mendapat pemahaman yang betul mengenai kesihatan mata. Buku ini ditulis dengan sentuhan sastera supaya masyarakat yang tidak mempunyai latar belakang perubatan dapat memahami betapa pentingnya kesedaran tentang kesihatan mata. Penjelasan mengenai penyakit mata yang terkandung dalam buku ini merupakan penyakitpenyakit mata yang boleh dijumpai di kalangan kelompok manusia, namun kebanyakan masyarakat mengambil mudah atau kadangkala tidak mengambil peduli mengenainya.