Khidmat Masyarakat: Pemeriksaan Mata di Parlimen Setiawangsa

Pada 1 September 2018 yang lalu, sekumpulan kakitangan dan pelajar dari Jabatan Oftalmologi PPUKM telah terlibat di dalam aktiviti kemasyarakatan dengan mengadakan pemeriksaan mata secara percuma di Laman Bestari, Keramat AU3 Kuala Lumpur sempena dengan sambutan kemerdekaan negara anjuran Parlimen Setiawangsa.