Lawatan dari Boston Neurosciences Inc.
Pada 11 Disember 2018 yang lalu, sekumpulan penyelidik dari Boston Neurosciences Inc. US telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Oftalmologi HCTM, Pusat Perubatan UKM. Kerjasama ini terjalin bagi menjalankan projek penyelidikan yang bertajuk “Evidence Based Diagnostic and Treatment Planning Solution Employing Innovative Non-Invasive ICP Measurement Technology For Glaucoma Patients” yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah.
Boston Neurosciences diwakili oleh Dr. Teodoro Forcht Dagi (CEO) dan beberapa orang ahli lembaga pengarah yang terlibat. Perbincangan mengenai perkembangan dan hala tuju projek penyelidikan diadakan bersama dengan ahli penyelidik dan pelajar yang terlibat. Diikuti dengan lawatan ke klinik mata bagi melihat fasiliti yang ada bagi menjalankan projek ini.
Diharapkan kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi meningkatkan kualiti penyelidikan ke arah lebih tinggi dan seterusnya memberikan manfaat kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik mata PPUKM.