Lawatan Ilmiah IPGKIK ke Klinik Oftalmolgi, HCTM PPUKM
Pada 18 Februari 2019 yang lalu, sekumpulan siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras telah mengadakan lawatan ilmiah ke Klinik Oftalmologi bagi melengkapkan kursus Anatomi & Masalah Penglihatan.
Aktiviti ini adalah sebahagian daripada Program Kolaborasi HCTM-IPGIK bagi meningkatkan pemerkasaan guru. Tujuan program ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada siswa guru berkenaan taksiran visual klinikal dan ‘hands-on’ penggunaan peralatan bagi pentaksiran tersebut.