Lawatan Profesor Noemi Lois dari Queen’s University Belfast
Pada 3 dan 4 Oktober 2016 yang lalu, Profesor Noemi Lois dari Queen’s University Belfast, United Kingdom telah membuat lawatan ke Jabatan Oftalmologi PPUKM. Beliau yang juga salah seorang ahli penyelidik bagi kumpulan penyelidikan FACE-DM (Fibric Acid Curing Eyesight in Diabetes in Malaysia) yang berkolaborasi bersama Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah turut memberi ceramah di seminar “Revisiting the Posterior Segment”. Prof. Noemi Lois turut di bawa ke diskusi bersama Profesor Ima Nirwana (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi) bagi menjalin peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan. Perbincangan bersama Pengarah UMBI dan lawatan ke fasiliti UMBI turut diadakan. Diharapkan jalinan kerjasama penyelidikan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.