Lawatan & Sesi Pembelajaran Bersama Dr. Shuan Dai
Pada 22 Mac 2019 yang lalu, Dr. Shuan Dai, Pakar Strabismus dan Paediatrik Oftalomologi dari University of Auckland, New Zealand telah membuat lawatan ke Jabatan Oftalmologi dan kemudian mengadakan sesi pengajaran bersama pelajar-pelajar Doktor Oftalmologi.
Sesi dimulakan dengan syarahan bertajuk Congenital Cataract, Strabismus & Amblyopia. Disusuli dengan demonstrasi prosedur pemeriksaan mata bersama pesakit. Pada sesi petang, sesi pembentangan kes oleh pelajar dan perbincangan peluang kolaborasi penyelidikan bersama pensyarah Jabatan.