Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan (RCA) antara UKM dengan Santen Pharma

 

Oleh: Izyan Nadhirah Ahmad Fa’izal

Pada 18 Oktober 2019 yang lalu, Jabatan Oftalmologi UKM telah menandatangani perjanjian kolaborasi penyelidikan dengan dua syarikat iaitu Santen Pharmaceutical Asia Pte Ltd dan Santen Pharma Malaysia Sdn Bhd. Syarikat Santen merupakan sebuah syarikat daripada Jepun yang khusus kepada bidang Oftalmologi. Syarikat ini menjalankan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan jualan produk farmasi, ubat dan peralatan Oftalmologi, dan kini telah menembusi pasaran sebanyak 60 negara. Syarikat ini mempunyai beberapa cabang di dunia, dan salah satunya ialah Santen Pharma Malaysia.

Majlis ini telah diadakan di Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Dokumen perjanjian antara UKM dan Santen Pharmaceutical Asia telah  ditandatangani oleh Mr Isao Takahashi, Pegawai Korporat dan Ketua Bahagian Asia, dan disaksikan oleh Cik Veni Venusha Sakti. Dokumen perjanjian antara UKM dan Santen Pharma Malaysia pula ditandatangani oleh Mr Denver Lim, Ketua Bahagian Malaysia dan Singapura, dan disaksikan oleh Mr Lau Kah Pei. Daripada pihak UKM, RCA ditandangani oleh Dekan Fakulti Perubatan dan disaksikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi.

UKM dan Syarikat Santen telah bersetuju untuk bekerjasama menjalankan beberapa penyelidikan; ‘The Pharmacokinetics of Topical Levofloxacin 1.5% versus Moxifloxacin 0.5%’, ‘The Clinical Safety of Topical Levofloxacin 1.5% versus Moxifloxacin 0.5%’ dan ‘Intracameral Levofloxacin (0.5%) versus intracameral Cefuroxime (1mg/0.1ml) effect on corneal endothelial cell count and morphology in uneventful phacoemulsification’ demi memperkasakan rawatan berdasarkan ‘evidence-based medicine’