Pertandingan Bowling Jabatan Oftalmologi 2019

Pada 2 Mac 2019 yang lalu, pertandingan bowling peringkat Jabatan Oftalmologi telah diadakan di Alamanda Putrajaya. Pertandingan ini adalah anjuran Persatuan Ophthalmology in Action (OIA) yang dipengerusikan oleh Puan Paizah Paizah. Sebanyak 8 buah kumpulan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini yang terdiri daripada gabungan kakitangan di Pejabat, Klinik, Wad, Dewan Bedah, Pensyarah dan juga MO.

Upacara penyampaian hadian telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Norshamsiah Md. Din yang turut hadir memeriahkan acara. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan penganjuran aktiviti seperti ini akan dapat meningkatkan silaturrahim dan kerjasama di antara ahli Jabatan Oftalmologi.