Program Bina Pasukan Jabatan Oftalmologi Tahun 2019

Program ‘Team Building Ophthalmology Department 2019’ yang merupakan antara acara tahunan Jabatan Oftalmologi dan telah diadakan pada 23 & 24 Ogos 2019 bertempat di Cherengin Hill, Janda Baik Resort, Pahang yang telah dihadiri oleh hampir 100 orang kakitangan termasuk Ketua Jabatan, pensyarah, pegawai perubatan, jururawat dan keseluruhan kakitangan Jabatan Oftalmologi yang lain.

Antara objektif program ini adalah:

  1. Mengeratkan silaturrahim dan hubungan kemesraan sesama kakitangan.
  2. Membina keserasian dan tahap persefahaman yang tinggi dalam kakitangan.
  3. Membina jaringan hubungan yang rapat dan mengurangkan jirang antara kalangan kakitangan.
  4. Meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan
  5. Sebagai tanda penghargaan pihak Jabatan kepada kakitangan.

Program dimulakan dengan pembahagian peserta kepada 10 kumpulan. Aktiviti luar yang pertama adalah “Sg Benus River Crossing” iaitu aktiviti menyeberangi Sungai Benus yang sejuk dan berbatu sejauh hampir 800m. Diikuti dengan aktiviti “Fun Hunt” di mana setiap kumpulan diberikan 2 tugas; tugas pertama adalah menghias seorang ahli kumpulan menggunakan bahan-bahan alam semulajadi secara paling kreatif dan tugas kedua adalah untuk merekacipta sarung atau bekas yang boleh menghalang telur ayam daripada pecah apabila dijatuhkan dari ketinggian 10 meter.

Pada sebelah malam, majlis makan malam BBQ diadakan di Bayu Terrace Cherengin Hill Resort. Peserta menikmati jamuan makan sambil menonton persembahan dari kumpulan-kumpulan yang telah dibentuk mengikut tempat bertugas; klinik, wad, dewan bedah, pejabat am, pensyarah.

Pada hari kedua, aktiviti “Treasure Hunt” dijalankan dengan setiap kumpulan perlu menyelesaikan sebanyak mungkin tugasan yang diberikan dalam masa 90 minit. Setiap kumpulan perlu pergi ke stesen-stesen yang ditempatkan di sekitar hotel dan perlu menyelesaikan tugasan di stesen tersebut sebelum diberikan markah.

Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan dan kumpulan terbaik. Syabas dan tahniah diucapkan!