Program Lawatan `Benchmarking’ Jabatan Oftalmologi PPUKM ke SNEC & SERI, Singapura
Pada 17 & 18 Disember 2018 yang lalu, seramai 11 orang wakil jabatan yang terdiri daripada 9 orang pensyarah, seorang pegawai optometri, seorang pengurus jururawat dan juruteknologi makmal perubatan kanan telah menyertai Lawatan `Benchmarking’ ke Singapore National Eye Centre (SNEC) & Singapore Eye Research Institute (SERI).
Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Oftalmologi iaitu, Prof Madya Dr Norshamsiah Md Din. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk bertukar-tukar pengalaman dan berbincang mengenai koloborasi yang boleh dijalinkan antara pihak Jabatan Oftalmologi dan SNEC serta SERI dari aspek berkaitan pengajaran dan penyelidikan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau dan melihat fasiliti, perkhidmatan serta carta alir pengurusan di SNEC & SERI.
Rombongan kami telah disambut mesra oleh Profesor Dr Wong Tien Yin (Pengarah Kesihatan SNEC), Profesor Dr Aung Tin (Pengarah Urusan SERI) dan Miss Charity Wai (Ketua Pegawai Operasi SNEC). Sepanjang lawatan dua hari tersebut, kami telah mendengar taklimat berkenaan latar belakang SNEC serta tatacara pengurusan klinkal SNEC yang meliputi perkhidmatan kejururawatan, kesihatan bersekutu, audit kualiti, pengurusan data pesakit dan peluang pendidikan yang ditawarkan. Kami juga dibawa untuk melihat servis perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan di SNEC dan SERI.
Diharapkan hasil lawatan tersebut dapat membantu memacu Jabatan Oftalmologi ke hadapan dari segi penyelidikan, pengajaran serta perkhidmatan-perkhidmatan klinikal oftalmologi. Berikut adalah foto-foto sekitar lawatan tersebut: