Sambutan Hari Glaukoma Sedunia 2017
Pada 14 Mac 2017 yang lalu, Jabatan Oftalmologi dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan PPUKM dan HEJIM telah mengadakan Program Hari Glaukoma Sedunia yang diadakan di Bangunan Pusanika UKM Bangi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah (Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat UKM). Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program saringan penyakit glaukoma, ceramah oleh pensyarah dan juga jururawat dan juga pameran. Terdapat juga kaunter bagi pemeriksaan umum kesihatan seperti tekanan darah, bacaan glukos darah dan juga khidmat kaunseling pemakanan. Seramai hampir 350 orang kakitangan dan pelajar UKM telah menjalani ujian saringan mata dan diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit mata khususnya glaukoma supaya pencegahan awal dapat dilakukan.