Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2019

 

Pada 11 Oktober 2019 yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2019 di Auditorium Pusat Perubatan UKM dengan tema Eye Health – Your Future, Our Focus. Sambutan kali ini adalah julung kali diadakan dengan kerjasama dari Association of Malaysian Optometrists  (AMO), Malaysian Society of Ophthalmology (MSO), College of Ophthalmologists, Academy of Medicine Malaysia, Majlis Optik Malaysia (MOM) & Revon Media.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarrashid. Diikuti oleh ucapan perasmian daripada YB Dr. Lee Boon Chye yang disusuli dengan tayangan montaj video oleh pihak penganjur. Tetamu jemputan kemudian melawat tapak-tapak pameran di ruang galeri oleh rakan kerjasama industri yang terlibat di dalam penjagaan mata.

Aktiviti utama sambutan kali ini adalah penyampaian siri syarahan dari pelbagai profesion penjagaan mata terutamanya optometri & oftalmologi. Seramai lebih 200 peserta yang terdiri daripada kakitangan hospital awam & swasta, pelajar, doktor perubatan hadir bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan penjagaan mata dan isu-isu terkini yang berkaitan.