UKM Dry Eye Workshop 2024

Pada 9 Ogos 2024 yang lalu, Jabatan Oftalmologi UKM telah menganjurkan UKM Dry Eye Workshop 2024 di Bilik Seminar & Latihan, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM. Bengkel ini telah dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang terdiri dari doktor, optometris dan jururawat dari pelbagai institut dan premis yang menawarkan rawatan mata. Pada sesi sebelah pagi, 6 slot ceramah disampaikan oleh pakar-pakar oftalmologi yang telah dijemput sebagai panel penceramah iaitu Prof. Madya Dr. Wan Haslina Wan Abdul Halim, Dr. Yong Meng Hsien, Dr. Ayesha Mohd Zain, Dr. Lam Chenshen dan juga Dr. Mazaya Mahmud. Pada sesi sebelah petang pula, para peserta diberikan peluang untuk mencuba peralatan atau mesin yang digunakan bagi melakukan ujian diagnosa atau rawatan yang berkaitan dengan mata kering seperti ujian biomikroskop slit-lamp, Oculus keratograph 5, BlephEx, NuLids dan IPL. Bengkel ini turut dijayakan oleh rakan-rakan industri yang turut sama menyediakan reruai pameran dan penerangan produk yang berkaitan. Diharapkan para peserta dapat mengambil manfaat daripada bengkel ini dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.