Uveitis Potpourri 2019
Pada 23-24 Februari 2019 yang lalu, Jabatan Oftalmologi Pusat Perubatan UKM telah menganjurkan Seminar “Uveitis Potpourri – The Many Aspects of Uveitis” di Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Seminar ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang peserta dari hospital awam dan swasta di seluruh negara yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan uveitis.