Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Visi Misi & Objektif

Pusat Mata HUKM

VISI

Ke arah menjadi Pusat Mata terunggul di Malaysia dari segi penjagaan pesakit, pengajaran dan penyelidikan

 

 

MISI

  • Kami komited ke arah membangunkan Jabatan Oftalmologi menjadi Pusat Kecemerlangan Oftalmologi di dalam penjagaan pesakit melalui kemahiran serta kelengkapan alatan cangih yang terkini.
  • Kami berusaha untuk menjadi pusat latihan terunggul bagi pra-siswazah, siswazah serta latihan kepakaran tertinggi di dalam bidang klinikal dan Sains Oftalmologi.
  • Kami bercita-cita untuk menjadi pusat yang terkehadapan di dalam bidang sains visual dan penyelidikan oftalmologi klinikal.

OBJEKTIF

A. Penjagaan Pesakit

1. Untuk mewujudkan suatu Pusat Rawatan Mata yang terunggul di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta penggunaan rawatan berdasarkan bukti yang paling terkini.
2. Untuk membangunkan jabatan menjadi pusat rujukan sub-bidang dalam penjagaan mata di Malaysia serta rantau sekitarnya

 

B. Pengajaran

1. Untuk menguatkan pencapaian kami sebagai institusi pertama yang menawarlan program sarjana untuk siswazah
2. Untuk mencukupkan kelengkapan Jabatan/ Pusat Rawatan Mata dari segi peralatan dan kakitangan supaya menjadi Pusat Latihan Oftalmologi pilihan bagi pra-siswazah dan siswazah.
3. Untuk menjadi pusat latihan pilihan kepakaran tertinggi untuk pakar-pakar oftalmologi terlatih dengan menjadi pusat rujukan bagi negara dan kawasan serantau.

 

C. Penyelidikan

1. Untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan inovasi dan penyelidikan serta menggalakkan penggunaan pengetahuan tersebut di dalam praktis klinikal.
2. Untuk menyediakan kakitangan dan fizikal bagi kegunaan penyelidikan asas dan saintifik.
3. Untuk bekerjasama dengan para saintis, pakar klinikal serta syarikat farmaseutikal di dalam semua segi sama ada saintifik atau penyelidikan yang berkaitan dengan bidang oftalmologi.
4. Untuk menggalakkan secara aktif penerbitan kertas-kertas saintifik di dalam jurnal dan juga persidangan oleh siswazah dan juga pensyarah dengan bantuan pakar ilustrasi, multimedia dan juga teleperubatan.