Jab Otorinolaringologi-HNS I Fakulti Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Latar Belakang

Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala & Leher adalah sebuah jabatan klinikal di Fakulti Perubatan UKM. Ia terletak di Tingkat 9, Blok Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Jabatan Otorinolaringologi – Kepala & Leher telah berkembang tahun ke tahun sehingga sekarang telah mempunyai 12 tenaga pengajar termasuk 4 pensyarah berstatus Professor dan 2 berstatus Professor Madya. Selain itu, Jabatan Otorinolaringologi dibantu oleh kakitangan sokongan yang terdiri daripada seorang Pegawai Sains Fakulti, Empat orang Penolong Pegawai Sains Perubatan Fakulti, Seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi Fakulti.

Tugas utama Jabatan ORL adalah untuk memberi pengajaran dalam bidang ORL kepada pelajar pra-, pasca-siswazah dan juga latihan sub-kepakaran dalam bidang ORL seperti laringologi, Pembedahan Kepala & Leher dan neuro-otologi dan juga menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan ORL. Proses pengajaran di jabatan Otorinolaringologi – Kepala & Leher turut melibatkan pengajaran kepada pelajar-pelajar prasiswazah dari Fakulti Pergigian dan Faulti Sains Kesihatan Bersekutu. Selain itu, jabatan juga memberi perkhidmatan khusus dan menyeluruh kepada pesakit yang menghidapi gangguan dan pelbagai penyakit Telinga, Hidung, Tekak serta Kepala dan Leher.