Fakulti Perubatan UKM Menganjurkan Kursus Bertaraf Antarabangsa 50th UKM Temporal Bone Dissection Course 2019
Fakulti Perubatan UKM Menganjurkan Kursus Bertaraf Antarabangsa 50th UKM Temporal Bone Dissection Course 2019
CHERAS, 18 Mac 2019 – Jabatan Otorinolaringologi, Fakulti Perubatan UKM menganjurkan kursus 50th UKM Temporal Bone Dissection Course 2019 pada 18 hingga 20 Mac 2019 bertempat di Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) Kampus Kuala Lumpur UKM, Bandar Tun Razak, Cheras dan dirasmikan oleh Prof. Datuk. Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM pada hari ini di Auditorium ASSC.
Program ini merupakan kursus wajib untuk para pelajar Ijazah Doktor Pakar Otorhinolaryngology Head & Neck Surgery (ORL-HNS) khususnya dan juga pakar-pakar perubatan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Bangladesh dengan menyediakan kaedah pembelajaran secara pembedahan kepada peserta seperti common canal wall up and canal wall down mastoidectomy and facial nerve exploration dan dihadiri oleh 33 orang peserta yang merupakan pakar perubatan Otorhinolaryngology dari dalam dan luar negara
Kaedah pembelajaran dengan menggunakan mayat manusia yang dibeli khas bagi tujuan tersebut telah menjadikan kursus ini seperti pembedahan sebenar dan merupakan kursus berprestij tinggi bertaraf antarabangsa.
Penceramah jemputan termasuklah Prof. Dr. Ameet Kinshore (India), Dr. Barrie Tan (Singapore), Dr. Harim Priyono (Indonesia), Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim (KPJ Healthcare University College), Prof. Dato’ Dr. Balwant Singh Gendeh (Pantai Hospital, Kuala Lumpur), Prof. Dato’ Dr. Abdullah Sani Mohamed (HCTM UKM), Prof. Dr. Goh Bee See (iHEARS UKM) dan Dr. Hj. Md Husain Hj. Said (Ara Damansara Medical Center).