Penyakit Alahan Hidung – Allergic Rhinitis (AR)
Penyakit alahan hidung.
Penyakit alahan hidung adalah radang yang berlaku dalam hidung apabila terdedah kepada “allergen” di udara. Contoh “allergen” adalah seperti debu, debunga dan haiwan peliharaan. Pesakit mengalami gejala hidung berair, bersin, gatal hidung dan hidung tersumbat.
Penyakit ini tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan pesakit merasa malu bila berada di khalayak ramai, mengalami gangguan tidur dan kurang konsentrasi. Ia dirawat dengan penggunaan semburan steroid intranasal secara berkala.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit alahan hidung dan teknik penggunaan semburan steroid intranasal yang betul, sila tonton video video ini.
Penyakit alahan hidung
Teknik penggunaan semburan steroid intranasal
Kredit Info dari :
Profesor Madya Dr Aneeza Khairiyah Wan Hamizan,
Pakar Runding ORL-HNS, HCTM.
dan
Dr Sarah Binti Ramli
Pegawai Perubatan Jabatan ORL-HNS, HCTM.