Jab. Otorinolaringologi-Surgeri Kepala & Leher

 Fakulti Perubatan UKM

Peperiksaan

Peperiksaan diadakan dalam 2 bahagian:-

Bahagian I

Diadakan 6 bulan sekali dalam tahun I, mengandungi peperiksaan bertulis dan lisan dalam Sains Asas Perubatan dan prinsip-prinsip Surgeri Otorinolaringologi –Kepala & Leher

Bahagian II

Peperiksaan Bahagian II adalah peperiksaan akhir yang diadakan pada hujun Tahun IV. Ia terdiri daripada peperiksaan teori (MCQ, Karangan pendek & panjang), klinikal (Kes pendek & kes panjang) dan lisan dalam:

  1. Otorinolaringologi – Kepala & Leher Am, audiologi and ORL-HNS kanak-kanak
  2. Prinsip asas pembedahan Otorinolaringologi –Kepala & Leher
  3. Pemeriksaan kes klinikal
  4. Radiologi berkaitan Otorinolaringologi –Kepala & Leher
  5. Patologi berkaitan Otorinolaringologi –Kepala & Leher