Jabatan Ortopedik & Traumatologi

 Fakulti Perubatan UKM

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi telah ditubuhkan pada Mac 1976, dan merupakan yang pertama untuk memulakan program siswazah di bawah Profesor Dr. Quasi M. Iqbal. Di antara siswazah pertama adalah Profesor Dr. Masbah Omar dan Profesor Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak yang kini merupakan pakar bedah ortopedik terkenal di dalam dan luar negara. Sebagai hospital universiti (hospital pengajar), jabatan ini juga menawarkan pembelajaran dan latihan kepada siswazah dan pasca siswazah, juga terlibat secara aktif di dalam penyelidikan dan penerbitan. Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan masyarakat dan activiti kemanusiaan melalui Taspura PERKIM, MERCY, Pertubuhan Ortopedik Malaysia, Malaysian Scoliosis Foundation dan sebagainya.

SEJARAH RINGKAS:

  • 1970 – 18 Mei: Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan bertempat di Lembah Pantai sebagai bangunan sementara
  • 1972 – 30 Mei: Fakulti Perubatan ditubuhkan dengan Dekan Pertama iaitu Dr. Amir Abbas dan memulakan pengajian ‘Medical Doctor’ (M.D) dengan pengambilan pertama pelajar Pra-siswazah seramai 42 pelajar.
  • 1975 – 27 Februari: Hospital Besar Kuala Lumpur (kini HKL) telah diisytiharkan sebagai hospital pengajar Fakulti Perubatan UKM oleh Menteri Kesihatan ketiga iaitu YB Tan Sri Lee Siok Yew
  • 1976 – Mac: Jabatan Ortopedik ditubuhkan di Institut Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (Wisma Kayu)
    • Ketua Jabatan Pertama (memangku): Profesor Dr. Quazi Mohamed Iqbal
    • Pensyarah:
      • Dr. Abdul Hadi Abdullah
      • Dr. Shong Hing Hock
      • Dr. Yeoh Poh Hong
  • 1979 – 19 hingga 31 Mac: Peperiksaan Ikhtisas Akhir Ijazah Doktor Perubatan yang pertama dengan 42 pelajar
  • 1979 – Julai: Graduasi pertama ‘Medical Doctor (MD)‘ seramai 37 pelajar daripada keseluruhan 42 pelajar  telah lulus dan dikurniakan Ijazah Doktor Perubatan (Medical Doctor -MD)
  • 1981: Jabatan Ortopedik dan Jabatan Surgeri membuka langkah dengan mewujudkan Program Latihan Kepakaran untuk Pakar Perubatan yang PERTAMA di Malaysia (Kursus Pasca-Siswazah) iaitu Sarjana Surgeri (Surgeri Am) dan Sarjana Surgeri (Ortopedik); ‘Master of Surgery’ (Orthopaedics) dan ‘Master of Surgery’ (General Surgery). Semua penghargaan diatas usaha ditujukan kepada allahyarham Profesor Dr. Quazi Mohamed Iqbal (Ortopedik) dan mendiang Prof. Dr. Sir Harry Annanamuntodo (Surgeri)

Snap5-edit Snap6 edit

  • 1986: Pakar Ortopedik pertama yang berjaya di lahirkan UKM melalui program kepakaran ‘Master of Surgery’ (Orthopaedics)  yang juga terkenal sebagai ‘3 M’ iaitu:
    1. Dr. Mohamad Abdul Razak
    2. Dr. Masbah Omar
    3. Dr. Mohd. Noor Manukaran

  Snap4   Snap1

  • 1993 – 2 November: Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mula didirikan di Cheras
  • 1997 – 1 Julai: HUKM telah siap dibina dan mula beroperasi dan Jabatan Ortopedik berpindah ke tempat sekarang; Tingkat 9, Blok Klinikal, PPUKM

KETUA -KETUA JABATAN ORTOPEDIK


KETUA JABATAN TEMPOH MENJAWAT

PERTAMA

PROFESOR DR. QUAZI MOHAMMED IQBAL

iqbal01 MAC 1976 –
31 JULAI 1984

KEDUA

PROFESOR DATO’ DR. ABD. HAMID ABD. KADIR

20140529_08211712301 OGOS 1984 –
10 OGOS 1989

KETIGA

PROFESOR DR. MUHD. ALI NOOR GHANI

ali11 OGOS 1989 –
31 DISEMBER 1992

KEEMPAT

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMAD ABDUL RAZAK

prof mad01 JANUARI 1993 –
31 DISEMBER 2002

KELIMA

PROFESOR DR. MASBAH OMAR

masbah01 JANUARI 2003 –
31 DISEMBER 2005

KEENAM

PROFESOR MADYA DR. YA MOHD HASSAN SHUKOR

hasan01 JANUARI 2006 –
31 DISEMBER 2008

KETUJUH

PROFESOR (K) DR. SHARAF IBRAHIM

01 JANUARI 2009 –
31 DISEMBER 2017

KELAPAN

PROFESOR MADYA DR. JAMARI SAPUAN

01 JANUARI 2018 –
30 NOVEMBER 2021

KESEMBILAN

PROFESOR DATUK DR SABARUL AFIAN                     

MOKHTAR                         

 10 JANUARI 2022 – KINI
 

KINI

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi menawarkan perkhidmatan perunding dan rawatan paling komprehensif bagi masalah-masalah sistem ‘musculoskeletal’, sesuai dengan statusnya sebagai pusat rujukan tertiari bagi masalah-masalah trauma dan ‘musculoskeletal’. Perkhidmatan adalah diberi oleh sekumpulan pakar dan sub-pakar, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Fisioterapi dan Terapi Carakerja yang amat berkemahiran dengan menawarkan penilaian, diagnosis, rawatan dan pemulihan yang terbaik.

Jabatan Ortopedik berperanan dan bertanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan Ortopedik yang meliputi skop yang luas iaitu kepakaran dalam bidang pembedahan tulang belakang (spinal), pembedahan trauma, pembedahan kanak-kanak, pembedahan athroplasti, pembedahan tangan, pembedahan kaki, rawatan kecederaan sukan, rehabilitasi ortopedik dan onkologi. Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mempunyai 21 orang pakar bedah dan 2 orang pakar Rehabilitasi Ortopedik yang memberikan perkhidmatan berikut:

1. Klinik Ortopedik Umum
2. Klinik Ortopedik Sub-bidang iaitu Unit Spinal, Unit Arthroplasti, Unit Trauma, Unit Skoliosis, Unit Kecederaan Sukan, Unit Tangan & Mikrosurgeri, Unit Ortopedik Kanak-Kanak, Unit Kaki & Buku Lali, Rehabilitasi dan Onkologi.
3. Klinik Rehabilitasi Ortopedik
4. Pembedahan
6. Unit Plaster; Plaster of Paris (POP)
7. Rawatan dalam wad

Selain dari merawat pesakit, pakar bedah di jabatan ini sangat aktif dalam penyelidikan klinikal dan basik. Mereka juga adalah tenaga pengajar bagi calon-calon pascasiswazah (Sarjana Surgeri Ortopedik- Kini adalah Doktor Pakar Ortopedik atau Doctor of Orthopaedics), prasiswazah (mahasiswa perubatan, pergigian dan juga fisiologi) dan program-program latihan teknik yang baru dan termaju dalam bidang ortopedik.