Jabatan Ortopedik dan Traumatologi telah ditubuhkan pada Mac 1976, di Institut Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (Wisma Kayu). Ketua Jabatan Pertama adalah Profesor Dr. Quazi Mohamed Iqbal dengan dibarisi pensyarah Dr. Abdul Hadi Abdullah, Dr. Shong Hing Hock, Dr. Yeoh Poh Hong
Sebagai hospital universiti (hospital pengajar), jabatan ini juga menawarkan pembelajaran dan latihan kepada siswazah dan pasca siswazah, juga terlibat secara aktif di dalam penyelidikan dan penerbitan.
Pada Jun 1981, Fakulti Perubatan, UKM iaitu Jabatan Ortopedik dan Jabatan Surgeri membuka langkah dengan mewujudkan Program Latihan Kepakaran untuk Pakar Perubatan yang PERTAMA di Malaysia (Kursus Pasca-Siswazah) iaitu Sarjana Surgeri (Surgeri Am) dan Sarjana Surgeri (Ortopedik); ‘Master of Surgery’ (Orthopaedics) dan ‘Master of Surgery’ (General Surgery).
Setinggi penghargaan untuk allahyarham Profesor Dr. Quazi Mohamed Iqbal (Ortopedik) dan mendiang Prof. Dr. Sir Harry Annanamuntodo (Surgeri) diatas usaha murni mewujudkan Program Latihan Kepakaran untuk Pakar Perubatan yang PERTAMA di Malaysia (Kursus Pasca-Siswazah) iaitu Sarjana Surgeri (Ortopedik); ‘Master of Surgery’ (Orthopaedics).
Pengambilan pertama seramai 3 pensyarah pelatih untuk Sarjana Surgeri (Ortopedik) atau ‘Master of Surgery (Orthopaedics) pada Jun 1981; dan 1986 berjaya melahirkan Pakar Ortopedik UKM yang pertama:
Program pertama ini adalah Sistem Tertutup, pensyarah pelatih belajar dan membuat latihan praktikal berstrukturkan ‘Latihan dalam Perkhidmatan’ di Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, UKM dan Hospital Kuala Lumpur dari 1981 – 1997 dan kemudiannya di Hospital UKM pada 1998
Perbincangan lanjut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pihak berkempentingan utama, Sistem Terbuka mula diperkenalkan pada Jun 1996 dengan pengambilan seramai 21 pelatih (16 pelatih daripada KKM dan selebihnya adalah pensyarah pelatih dari universiti tempatan). Sistem Terbuka melibatkan pelatih dari KKM akan belajar dan membuat latihan praktikal diawal tahun pertama dan kedua di Hospital yang memilik akreditasi dan tauliah oleh Universiti (kemudian dikenali sebagai Conjoint Boards of Orthopaedics –CBO); seterusnya tahun ketiga, di Hospital Kuala Lumpur dan tahun akhir (tahun 4) di Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, UKM ( Pusat Perubatan UKM, Hospital Canselor Tuanku Muhriz).
Pengambilan pertama pelatih luar negara bermula Jun 2003, dengan 2 pelatih dari Sudan dan Indonesia. Sehingga sekarang terdapat pelatih daripada 8 negara luar yang mengikuti program ini. Semua pelatih luar negara akan mengikuti program dibawah ‘Sistem Tertutup’, pelatih belajar dan membuat latihan praktikal berstrukturkan ‘Latihan dalam Perkhidmatan’ di Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, PUKM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM)
Pada tahun 2003 menyaksikan Jabatan Ortopedik dari 3 Universiti utama iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membentuk kerjasama iaitu ‘Conjoint Boards of Orthopaedics’ dibawah seliaan dan pengawasan National Conjoint Board for Postgraduates Studies dan Academy of Medicine serta KKM. Seterusnya, kerjasama diteruskan dan melibatkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 2007 dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 2014.
Sehingga sekarang, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi (PPUKM) telah melahirkan lebih 300 pakar Ortopedik. Sebagai Pakar Bedah Ortopedik, mereka menjawat sebagai pengajar, pensyarah dan dalam pelbagai sub-kepakaran di KKM, Univeristi tempatan, Menteri Pertahanan dan Hospital Swasta. Pelatih luar Negara kini bertugas di beberapa Negara termasuk Australia, United Kingdom, Canada dan United Arab Emirates.