Sekretariat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, FST

 Fakulti Sains dan Teknologi

Aluan Ketua Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Fakulti Sains dan Teknologi (FST) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) beriltizam mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada seluruh warga FST dan pelanggannya sesuai dengan Dasar Keselamatan, Kesihatan Dan Persekitaran Pekerjaan UKM. JKKP FST berusaha dalam menyediakan warga FST dan para pelajar dengan budaya kerja terancang dan pengurusan risiko yang mampan. JKKP menyediakan pelbagai siri latihan dan kursus kompetensi berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) kepada seluruh Warga FST mengikut keperluan semasa. Selain itu, JKKP bertanggungjawab menyediakan persekitaran selamat dan sihat kepada pekerja melalui  sistem, program dan prosedur kerja selamat, dan sihat dari semasa ke semasa bersesuaian dengan peruntukan akta, peraturan serta piawai amalan berkaitan. JKKP juga bertanggungjawab dalam memastikan segala perancangan dan prosedur dilaksanakan untuk menangani keperluan kerja dalam keadaan biasa dan kecemasan. JKKP juga berperanan menyiasat dan mengambil tindakan penambahbaikan serta pencegahan dengan segera ke atas kemalangan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku dan membuat pelaporan kepada pihak yang bertanggungjawab. Budaya kerja selamat dan sihat diharapkan menjadi sebahagian daripada komitmen seluruh warga FST agar dapat menyumbang sepenuhnya kepada misi UKM.

Salam Ikhlas,
PROF. MADYA DR NAZLINA IBRAHIM
Ketua Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Emel rasmi: kkkp-fst@ukm.edu.my

7 Oktober 2022