Centre for Engineering Education Research

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Format Pertandingan i-Robot 2023

Pertandingan i-Robot 2023 akan diadakan secara dua peringkat pada hari pertandingan iaitu peringkat awal dan peringkat akhir. Berikut merupakan maklumat khusus bagi setiap peringkat:

PERINGKAT AWAL

  1. Robot mesti bermula di belakang garisan permulaan dan mesti bergerak di sepanjang trek yang ditetapkan sehingga ia menyentuh garisan penamat.
  2. Terdapat 4 stesen di dalam litar yang dinamakan sebagai stesen A, B, C, dan D. Dua (2) tugasan perlu diselesaikan sebelum tiba di garisan penamat:

i. Tugasan satu (1): Mengelak halangan.

      • Ia melibatkan stesen A dan B.
      • Satu objek halangan akan diletakkan di salah satu stesen sama ada di stesen A atau B.
      • Sekiranya terdapat halangan di stesen itu, robot perlu mengelak halangan tersebut dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.
      • Manakala, di stesen yang tiada halangan, robot perlu menggunakan laluan utama.

ii. Tugasan dua (2): Menghantar bungkusan.

      • Ia melibatkan stesen C dan D.
      • Satu objek bungkusan akan diletakkan di stesen C.
      • Robot perlu menolak bungkusan tersebut ke stesen D.
      • Bungkusan perlu sepenuhnya berada di dalam kotak di stesen D.
      • Seterusnya, robot perlu meneruskan perjalanan mengunakan laluan utama sehingga ke garisan penamat.
  1. Setiap pasukan perlu menamatkan 2 pusingan. Masa terpantas daripada 2 pusingan akan diambil sebagai masa terbaik pasukan.
  2. Ahli pasukan akan diberi masa persediaan selama 1 minit sebelum permulaan permainan mereka.
  3. Selepas 1 minit masa persediaan, pasukan dikehendaki memulakan robot mereka dari garisan permulaan dan catatan masa akan bermula.
  4. Robot mesti sampai ke garisan penamat dalam masa 10 minit atau pusingan tersebut ditamatkan.
  5. Untuk setiap pusingan, cubaan semula dibenarkan tetapi masa pusingan tidak akan dihentikan. Cubaan semula boleh dilakukan sekiranya robot terkeluar dari litar dan peserta perlu mendapatkan kebenaran juri dahulu sebelum menyentuh robot. Robot mestilah dimulakan pada garisan permulaan atau stesen terakhir yang telah dilalui tertakluk kepada kedudukan akhir robot.
  6. Robot pasukan akan diperiksa dan dikuarantin 5 minit sebelum setiap pusingan. Pengaturcaraan semula atau pengubahsuaian robot tidak dibenarkan selepas masa persediaan.

PERINGKAT AKHIR

  1. Peraturan pusingan awal masih dikekalkan.
  2. Terdapat perubahan tugasan di pusingan akhir seperti berikut:

i. Tugasan satu (1): Mengelak halangan

      • Ia membabitkan stesen A dan B.
      • Satu objek halangan akan diletakkan sama ada di stesen A atau B.
      • Sekiranya terdapat halangan di salah satu stesen, robot perlu mengelak halangan tersebut dan mengunakan laluan alternatif yang disediakan.
      • Manakala, di stesen yang tiada halangan, robot perlu berhenti seketika (sekurang-kurangnya 1 saat) di garisan stesen.
      • Robot perlu meneruskan perjalanan menggunakan laluan utama ke stesen berikutnya.

ii. Tugasan dua (2): Menghantar bungkusan

      • Ia membabitkan stesen C dan D.
      • Satu objek bungkusan akan diletakkan di stesen C.
      • Robot perlu menolak bungkusan tersebut ke stesen D.
      • Bungkusan perlu sepenuhnya berada di dalam kotak.
      • Seterusnya, robot perlu meneruskan perjalanan mengunakan laluan utama sehingga ke garisan penamat

Spesifikasi Robot

1. Robot mesti bergerak secara autonomi dan bermula dengan menekan butang. Sebarang alat kawalan jauh wayarles/berwayar tidak dibenarkan.
2. Saiz robot tidak boleh melebihi 250 mm (panjang) x 250 mm (lebar) x 200 mm (tinggi).
3. Jumlah berat robot termasuk sumber kuasanya dan bahagian lain robot tidak boleh melebihi 3 kg.
4. Robot tidak boleh dipecah atau dipisahkan kepada lebih daripada satu unit.
5. Ruang yang boleh dilihat untuk menampal pelekat/tag kelulusan oleh penganjur pertandingan perlu diperuntukkan pada robot. Ruang ini hendaklah sekurang-kurangnya 20 mm x 20 mm.
6. Semua robot mesti direka bentuk untuk tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana orang dan tiada kerosakan pada padang permainan.
7. Robot akan diperiksa sebelum setiap perlawanan. Robot yang tidak dibuat mengikut peraturan tidak akan dibenarkan mengambil bahagian.
8. Robot perlulah menggunakan papan mikro pengawal Arduino sahaja.

Litar Pertandingan

Muat turun litar

Material litar : Tarpaulin (320g) dengan Cetakan UV

Bentuk Halangan

Berat halangan : +-25g.

Saiz : 7 x 7 x 7 cm

Tarikh kemaskini : 9 Ogos 2023 (1.55 petang)