Proses Pengurusan Prestasi bermula dengan penetapan matlamat, haluan dan KPI universiti melalui Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025 disusuli dengan perancangan strategik di peringkat PTj. Senarai KPI PTj telah diedarkan kepada Ketua PTj (F/I/P) diawal tahun.
Terdapat tiga sumber utama dalam merangka KPI untuk staf seliaan:
Modul myKPI baharu telah siap dibangunkan dan kini (Oktober 2020) adalah tempoh mendaftar dan merekodkan KPI yang telah dilata kepada staf seliaan.
Fasa ini adalah fasa perlaksanaan pelan strategik dan operasi PTj serta pemantauan.
Bermula 2021, Semakan KPI Pertengahan Tahun akan dilaksanakan pada bulan Jun/Julai.
Ketua Jabatan/Pegawai Penilai bertanggungjawab mengadakan penyelarasan, pemantauan dan semakan semula bagi memastikan kerja yang dijalankan oleh ketua bahagian, ketua unit atau PYD mengikut jadual yang ditetapkan.
Fasa semakan ini memberi peluang kepada PYD dan Pegawai Penilai Pertama untuk membincangkan kemajuan kerja di pertengahan tahun untuk mengenalpasti masalah pelaksanaan dan mengambil tindakan untuk mengatasinya serta membuat pengubahsuaian strategi pelaksanaan, malahan, pengubahsuaian KPI (tertakluk kepada persetujuan Pegawai Penilai).
Pegawai Penilai dan PYD boleh menyemak semula KPI dan wajaran (pemberat) yang ditetapkan untuk setiap KPI dalam tempoh semakan pertengahan ini.
Setelah suatu KPI mencapai sasarannya pada bila-bila masa, PYD boleh ‘menghantar’ KPI tersebut untuk dinilai oleh Pegawai Penilai. Pegawai Penilai digalakkan untuk menilai KPI sebaik sahaja dimaklumkan oleh PYD atau pun mesej dari myKPI.
Penilaian KPI sepanjang tahun dibenarkan menerusi modul myKPI SPPUv7 bagi memudahkan penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) di akhir tahun kelak.
Amalan terbaik, nilai KPI sebelum tempoh penyediaan LNPT di akhir tahun.
Bagaimana menilai KPI di myKPI? Sila ke Panduan SPPU.
Sebahagian besar dari laporan telah pun disediakan oleh SPPUv7 berdasarkan data atau rekod aktiviti dan pencapaian yang telah didaftarkan di pelbagai sistem/modul lain, contohnya eKhidmat, myKPI, eSPeL (UrusBakat), eReP dan eAktiviti.
Pegawai Penilai Pertama dan Kedua hanya perlu menilai sahsiah dan dimensi lain.