Panduan Pengguna SPPUv7

 Sistem Penilaian Prestasi Universiti v7 dan Modul myKPI

Pegawai Yang Dinilai

KPI Pegawai P&P dan Pelaksana: Merujuk kepada kitaran pengurusan prestasi , KPI anda ditetapkan berasaskan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025, pelan strategik PTj atau pun keperluan pengoperasian PTj berasaskan Huraian Tugas (Job Description) hakiki anda.

KPI Staf Akademik: ERK anda dijajarkan dengan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025, pelan strategik F/I/P dan Huraian Tugas (JD) pensyarah universiti.


Kaji dan fahami KPI yang dilata kepada anda.

Adakah KPI yang dilata boleh diukur (measureable)?

Adakah tempoh yang diberi untuk mencapai KPI tersebut munasabah?

Adakah KPI anda sejajar dengan pelan strategik dan Huraian Tugas Hakiki (Job Description (JD))?

Bincangkan dengan Pegawai Penilai anda jika terdapat sebarang isu berkaitan KPI anda.


myKPI hanya digunakan oleh staf yang mempunyai komponen Kompetensi Kerja iaitu Pentadbir Akademik, Pegawai P&P dan Staf Pelaksana.

Staf Akademik masih mempunyai Sasaran Kerja Tahunan seperti yang ditetapkan berdasarkan peratus wajaran ERK.


Bolehkah saya mendaftarkan KPI saya sendiri?

Boleh. Anda boleh mendaftarkan KPI anda sendiri setelah Pegawai Penilai Pertama (PPP) bersetuju dengan KPI berkenaan. Setelah anda mendaftarkan KPI, PPP perlu memperaku KPI untuk diterima sebagai KPI tahunan anda.


Bolehkah saya mencadangkan KPI saya sendiri tanpa menunggu PP melata KPI kepada saya?

Anda boleh mencadangkan KPI tahunan anda kepada Pegawai Penilai (PP) menggunakan myKPI.

Daftar KPI dan myKPI akan menghantar KPI cadangan anda kepada PP. PP akan mempertimbangkan untuk memperaku atau tidak memperaku KPI cadangan anda.

Sekiranya PP tidak memperakukan KPI cadangan anda, KPI tersebut akan ‘dipulangkan’ ke dalam papan pemuka (dashboard) myKPI anda.


Bila dan Bagaimana Mengemaskini Pencapaian KPI?

Pencapaian KPI anda boleh dikemas kini pada bila bila masa sebelum tempoh penilaian akhir bermula.

Penilaian KPI yang tercapai juga boleh dijalankan pada bila bila masa oleh PP.

Bagaimana mengemaskini pencapaian KPI?