Panduan Pengguna SPPUv7

 Sistem Penilaian Prestasi Universiti v7 dan Modul myKPI

Pegawai Penilai

Penetapan KPI Berasaskan Pelan Strategik UKM dan PTj Untuk Staf Seliaan

Dapatkan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025 untuk rujukan ketika merangka KBS (KPI berasaskan Strategik) staf seliaan anda.

Dapatkan Huraian Tugas Hakiki (Job Description) staf seliaan. Sistem huraian tugas sedang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat


Mendaftar dan Melata KPI di myKPI SPPUv7

Tidak faham istilah atau singkatan dalam SPPUv7? Rujuk glosari penting.

Perakukan KPI Cadangan Dari Staf Seliaan

Staf seliaan anda boleh mendaftar KPI tahunan sendiri di myKPI tertakluk kepada persetujuan Pegawai Penilai 1. Imej di sebelah menunjukkan myKPI menyenaraikan KPI yang perlu diperakukan.

Bagaimana memperaku KPI cadangan staf seliaan?


Menetapkan Pemberat Untuk Setiap KPI Staf Seliaan

Imej antaramuka myKPI di atas menunjukkan senarai KPI yang telah dilatakan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD). Setiap KPI perlu diberikan pemberat yang wajar.

Jumlah pemberat KPI tidak boleh melebihi 100 apabila dijumlahkan. Jika melebihi 100, angka jumlah KPI akan bertukar menjadi warna merah.

Pertimbangan Pegawai Penilai untuk memberikan pemberat secara amnya adalah subjektif namun boleh dianggarkan berdasarkan kepada beberapa faktor seperti berikut :

  1. Jumlah masa/usaha yang perlu diperuntukkan untuk mencapai KPI tersebut.
  2. Tahap kesukaran untuk mencapai sasaran.
  3. Impak KPI tersebut kepada organisasi.
  4. Keperluan mempelajari ilmu/kemahiran baharu dalam mencapai sasaran.
  5. Lain-lain justifikasi rasional Pegawai Penilai.

Mengesah dan Menilai Pencapaian KPI Staf Seliaan

Staf seliaan akan mengemaskini kemajuan KPI dari semasa ke semasa sehinggalah sasaran KPI tercapai.

Pegawai Penilai akan menerima pemakluman dari PYD atau SPPU bahawa terdapat KPI staf seliaan yang perlu disahkan.

Lihat video ini untuk mengetahui bagaimana mengesahkan pencapaian KPI staf seliaan di myKPI.

Setelah pencapaian disahkan barulah KPI boleh dinilai.


Penilaian Prestasi Akhir Tahun: Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Antaramuka SPPUv7 untuk penilaian akhir masih dikemas kini. Video penerangan bagaimana penilaian akhir dilaksanakan menggunakan SPPUv7 yang baharu akan dimuat naik .

Kitaran Pengurusan Prestasi UKM