Glosari Penting
Dalam Panduan ini:
“Pegawai Penilai” bermaksud Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua;
“Perancangan Tahunan” bermaksud perancangan tahunan di peringkat organisasi sama ada di peringkat universiti atau PTj. Sekiranya sesebuah unit itu tidak dikawalselia oleh mana-mana PTj maka unit berkenaan perlu mempunyai Perancangan Tahunannya sendiri;
“Perancangan Kerja Tahunan” bermaksud rancangan tindakan kerja tahunan yang perlu dilaksanakan di peringkat Jabatan/Bahagian/Unit selaras dengan Perancangan Strategik yang telah ditetapkan;
“Aktiviti/Projek” bermaksud aktiviti/projek utama yang hendak dilaksanakan oleh pegawai bagi tahun yang dinilai selaras dengan Perancangan Strategik Tahunan dan Perancangan Kerja Tahunan berasaskan huraian tugas;
“Petunjuk Prestasi” bermaksud kuantiti, kualiti, masa dan kos atau kombinasinya bagi setiap satu aktiviti/projek;