Panduan Pengguna SPPUv7

 Sistem Penilaian Prestasi Universiti v7 dan Modul myKPI

Antaramuka daftar KPI

Penerangan mengenai borang ini disediakan di bawah paparan ini.


Penerangan Borang Pendaftaran KPI

KPI Induk adalah KPI strategik yang hanya boleh dilatakan oleh Pegawai Penilai (PP) yang menerimanya secara langsung dari Pengurusan Tertinggi UKM.

Jika KPI Induk tidak dipaparkan untuk anda, itu bermakna tiada KPI yang dilata terus kepada anda dari Pengurusan Tertinggi.

Penerangan lanjut mengenai KPI dan kategori KPI, sila ke laman ini.


Nyatakan apakah KPI bagi PYD atau untuk diri anda sendiri. Buat masa ini tidak perlu letakkan sasaran seperti 10% atau 100 pelajar.

Pastikan pernyataan itu ringkas, mudah difahami dan S.M.A.R.T. (iaitu Specific, Measurable, Attainable, Relevant, and Time-Bound).


Perincian ini adalah ruang yang disediakan untuk Pegawai Penilai ingin memberi maklumat lanjut mengenai KPI yang dilatakan kepada PYD.

Sebagai contoh:

Pernyataan KPI: Menawarkan program mirocredential di Fakulti.

Perincian pernyataan KPI: Sediakan kertas kerja program microcredential analitik data untuk kelulusan Senat. Program mesti ditawarkan pada Semester 2 sesi ini.


Rajah di sebelah menunjukkan anda perlu menentukan sasaran dan unit KPI berkenaan.

Sasaran wajib diisi. Nyatakan sasaran bagi KPI berkenaan dalam bentuk numerikal (contoh: 1, 10, 200).

Unit yang lazim digunakan adalah ‘bilangan’ atau ‘peratus’. Gunakan unit yang jelas menggambarkan bentuk sasaran seperti ‘Pelajar’, ‘Ubat’, ‘Program’, ‘Laporan’, ‘Pesakit’, ‘Ujian Darah’ atau ‘Kenderaan’.


Tidak wajib diisi. Hanya diisi jika KPI yang didaftarkan adalah berkaitan dengan mana mana teras House of Quality (HoQ).

Klik pada HoQ dan senarai Teras HoQ akan muncul. Pilih yang paling relevan.


PIlih kategori KPI yang sesuai. Penerangan mengenai jenis KPI dijelaskan di laman ini.


Tentukan tempoh untuk mencapai KPI tersebut, lazimnya antara Januari ke November kerana penilaian akhir akan diadakan pada bulan Disember.

Walau bagaimanapun, rujuk jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia untuk tarikh yang lebih tepat.

Pastikan tempoh yang munasabah diberikan kepada PYD untuk mencapai KPI yang ditetapkan.


Templet Pembuktian adalah ruang untuk memuatnaik contoh dokumen yang merekod dan mengesahkan pencapaian KPI PYD. Jika perlu.

Tidak semua KPI memerlukan templet pembuktian sekiranya Kaedah Pengukuran pencapaian suatu KPI adalah jelas, mudah diukur dan mudah dibuktikan.

Sebagai contoh KPI yang tidak perlukan templet ialah KPI “Menyediakan video pemasaran program eksekutif di laman sosial.” Alamat video (URL) video tersebut sudah memadai sebagai bukti dan dinyatakan di Kaedah Pembuktian dalam borang yang sama.

Tetapi jika KPI di atas ditulis sebagai ‘Menyediakan 5 video pemasaran program eksekutif di laman sosial yang mendapat kelulusan Pusat Komunikasi Korporat UKM’, maka sudah pasti PP perlu menyediakan templet khusus untuk mendapatkan perakuan pegawai PKK. Lihat contoh ini.


Kaedah Pengukuran tidak perlu diisi sekiranya rumus atau kaedah pengiraan KPI adalah mudah dan jelas.

Kaedah pengukuran adalah panduan kepada PYD tentang bagaimana KPI yang dilatakan patut diukur.

Kaedah pengukuran mentakrifkan rumus atau cara pengiraan KPI.

Berikut adalah contoh kaedah pengiraan bagi KPI berikut:

KPI : Meningkatkan penyertaan pelajar antarabangsa dalam program mobiliti ke UKM.

Sasaran: 10

Unit : Peratus (%)

Kaedah Pengukuran:

Kira peratus perbezaan di antara jumlah pelajar antarabangsa yang menyertai program pada tahun ini dan tahun lepas.


Pusat Teknologi Maklumat (PTM) sedang membangunkan sistem pengurusan Deskripsi Tugas (JD).

Setelah sistem JD siap, huraian tugas seorang PYD akan dipaparkan untuk rujukan Pegawai Penilai mahu pun PYD untuk menetapkan skop tugas yang mana untuk dikaitkan dengan KBH yang ditetapkan.

Apa itu KBH? Lihat panduan ini.


Tindakan tidak wajib diisi, tetapi suatu fungsi yang berguna untuk memberikan arahan spesifik kepada PYD tentang bagaimana suatu KPI harus dicapai.

Senarai tindakan juga adalah langkah taktikal atau pengurusan untuk mencapai sasaran KPI.