Panduan Pengguna SPPUv7

 Sistem Penilaian Prestasi Universiti v7 dan Modul myKPI

Enam Langkah

Pengurusan Prestasi Staf Akademik

1. Semak % wajaran ERK anda di SPPUv7. Rujuk Pegawai Penilai Pertama (PPP) untuk maklumat lanjut.

2. Input data pencapaian dan rekod aktiviti di sistem maklumat berkaitan sebelum fasa penilaian akhir dijalankan. Rujuk kitaran pengurusan prestasi UKM.

3. Semak status input anda. Sudahkah input anda diperakukan oleh PPP? Jika belum, maka SPPUv7 akan mengabaikan data tersebut kerana belum diperaku atau belum disahkan oleh urus setia.

4. Semak LNPT setelah PPP dan Pegawai Penilai Kedua selesai menilai.

5. Bincangkan prestasi dan LNPT anda bersama PPP.

6. Ulang langkah 1


Bagaimana mencapai sistem sistem berkenaan untuk menginput data pencapaian?

SPPUv7 menyediakan capaian kepada sistem berikut untuk anda merekodkan data pencapaian dan aktiviti sepanjang tahun. Tab di bawah ini boleh dicapai melalui Gerbang Warga atau SPPUv7.

Jangan tunggu sehingga saat akhir untuk merekodkan pencapaian anda. Urus setia bagi sistem tersebut memerlukan masa untuk memperaku atau mengesahkan data.

Gerbang Warga adalah pusat capaian kepada semua sistem yang anda perlukan.