Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
“Petunjuk Prestasi Utama atau ‘Key Performance Indicator’ (KPI), merupakan pengukuran prestasi yang digunakan untuk mentakrif, menilai dan melapor kemajuan penyampaian perkhidmatan agensi/ organisasi yang berada di bawah tanggungjawab pegawai. Pengukuran KPI yang digunakan adalah berasaskan kepada pencapaian pegawai yang dinilai sejajar dengan perancangan KPI organisasi.”
— SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011
Kategori KPI di SPPUv7 UKM
Anda akan menemui beberapa istilah dan singkatan di SPPUv7 seperti berikut:
- KPI Strategik
- KPI Induk
- KBS
- KBS-UKM
- KBS-PTJ
- KBS-PROJEK
- KBH
Kategori suatu KPI yang didaftar dan dilata ditentukan oleh Pegawai Penilai KPI berkenaan.
Staf Akademik ada KBS atau KBH?
Hanya Pentadbir Akademik, staf Pengurusan & Profesional (P&P) dan staf Pelaksana sahaja yang mempunyai KPI berjenis KBS atau KBH.
KPI Staf Akademik adalah berasaskan wajaran ERK.
KPI Strategik
KPI strategik merujuk kepada KPI yang dirangka untuk ahli pengurusan tertinggi seperti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor atau Pendaftar. KPI strategik ini dapat dilihat di buku Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025.
KPI Induk
KPI Induk adalah istilah yang merujuk kepada KPI Strategik yang menjadi ‘induk’ kepada penghasilan KPI lain yang akan dilata kepada staf seliaan.
Sebagai contoh:
KPI Strategik : Melantik profesor tersohor peringkat antarabangsa.
KPI strategik ini telah dilata kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi). TNC HEPI akan merangka beberapa KPI terbitan dan dilata kepada beberapa staf seliaan sebagai langkah untuk mencapai KPI Strategik tersebut.
KPI baharu tersebut dirangka sejajar dengan KPI Induknya iaitu ‘Melantik profesor tersohor peringkat antarabangsa’.
KBS
KBS adalah singkatan kepada KPI Berasaskan Pelan Strategik.
Sebagai contoh:
KPI Strategik : Melantik profesor tersohor peringkat antarabangsa.
TNC HEPI akan merangka beberapa KPI terbitan dan dilata kepada beberapa staf seliaan sebagai pelan untuk mencapai KPI Strategik tersebut.. KPI yang dilata ini dikategorikan sebagai KBS.
KBS-UKM
KBS-UKM adalah singkatan bagi KPI Berasaskan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025.
KPI jenis ini diterbitkan dan dijajarkan dengan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025.
KBS-PTJ
KBS-PTJ adalah singkatan bagi KPI Berasaskan Pelan Strategik PTj.
Jika PTj tidak mempunyai pelan strategik, KPI yang dijajarkan dengan perancangan tahunan PTj dalam mencapai sasaran tahunan yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi universiti juga boleh dikategorikan sebagai KBS-PTj.
KBS-Projek
KBS-Projek adalah singkatan bagi KPI Berasaskan Projek.
KBS-Projek ini adalah jenis KPI yang tidak dapat dijajarkan dengan mana mana pelan strategik sama ada diperingkat UKM atau PTJ mahu pun Huraian Tugas Hakiki staf seliaan.
Namun KPI ini penting untuk dicapai kerana dikaitkan dengan program berimpak tinggi anjuran pihak berkepentingan berprofil tinggi di peringkat antarabangsa (cth. United Nation), Kebangsaan (Cth. Kementerian Pertahanan), Negeri (Cth. Kerajaan Negeri Sembilan) dan di peringkat universiti (Cth. Sebagai Ahli, Projek Penjimatan dan Kelestarian Universiti).
Ini bermakna, KBS-Projek adalah KPI yang boleh dilata kepada mana mana staf UKM yang terlibat secara langsung dalam projek/acara tersebut.
Walau bagaimanapun, KBS-Projek yang dilata oleh pegawai yang BUKAN Pegawai Penilai Pertama (PPP) staf perlu diperaku oleh PPP terlebih dahulu.
Penilaian KBS-Projek akan dinilai oleh pegawai yang melata KBS-Projek berkenaan.
PPP boleh memutuskan untuk TIDAK MEMPERAKU KBS-Projek yang dilatakan kepada staf seliaanya atas justifikasi yang rasional dan objektif.
KBH
KBH adalah singkatan bagi KPI Berasaskan Hakiki. Maksud Hakiki di dalam konteks SPPUv7 adalah merujuk kepada Huraian Tugas hakiki atau Job Description (JD) bagi seorang PYD.
Lihat contoh JD di bawah:
*KPI terbitan atau derived KPI merujuk kepada KPI yang dirangka bagi mencapai KPI yang lain.