myKPI
myKPI ada modul baharu SPPUv7 yang dibangunkan khas untuk menguruskan KPI staf UKM.
myKPI dibangunkan dengan fungsi seperti berikut:
- Mendaftar KPI.
- Melata KPI.
- Merekodkan kemajuan dan pencapaian KPI individu.
- Pemantauan KPI individu, PTj dan UKM secara keseluruhan.
- Penilaian pencapaian KPI untuk tujuan penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Markah pencapaian KPI akan ‘ditarik’ (pull) oleh SPPUv7 untuk dipaparkan di papan pemuka (dashboard) SPPUv7 PYD.
Pengguna myKPI adalah mereka yang mempunyai komponen penilaian Kompetensi Kerja seperti berikut:
- Pentadbir Akademik
- Pegawai Pengurusan & Profesional (P&P)
- Kakitangan Pelaksana