Siapa Perlu Dinilai
Staf Bukan Akademik – staf baru (lantikan tetap, kontrak & sementara) yang melapor diri pada 1 Januari sehingga 30 September pada tahun penilaian.
Staf Akademik – Staf akademik yang melapor diri dari 1 Januari sehingga 30 Jun pada tahun penilaian akan dinilai mengikut pro-rate wajaran mata yang perlu dicapai. Lantikan kurang daripada 6 bulan tidak akan dinilai pada tahun penilaian.
Staf yang dinaikkan pangkat samada berkhidmat di PTJ yang sama atau lain, perlu dinilai berdasarkan tempoh beliau berkhidmat dengan jawatan mana yang lebih lama pada tahun penilaian dan individu boleh membuat pengubahsuaian KPI selari dengan gred jawatan baru
Staf bercuti sabatikal melebihi 6 bulan pada tahun penilaian masih boleh dinilai dalam SPPU berasaskan laporan sabatikal. Markah laporan sabatikal akan menjadi markah penilaian tahunan dan akan dikemaskini oleh Urusetia SPPU.
Staf lantikan dibawah Dana Penyelidikan (KQ), Contract for Service, Contract of Service dan Jururawat Pelatih hendaklah dinilai menggunakan SPPU tetapi tidak dikira dalam kuota pemberian APC Universiti.
Staf yang memulakan Cuti Belajar mulai bulan September pada tahun penilaian perlu dinilai bagi tempoh Januari sehingga Ogos.
Staf yang melapor diri daripada Cuti Belajar daripada bulan Januari sehingga 30 Jun pada tahun penilaian perlu dinilai untuk tahun berkenaan.
Pentadbir Akademik – Bagi staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran, penilaian akan dibuat berdasarkan pencapaian individu ( Komponen E, R dan K) dan pencapaian KPI yang telah ditetapkan oleh Universiti berdasarkan jawatan yang dilantik.
Penilaian bagi Komponen P ini adalah bagi mereka yang dilantik dan bersetuju memegang jawatan Pentadbir Akademik mulai 1 Januari sehingga 30 September. Peratusan wajaran KPI yang dikira pada tahun penilaian adalah berdasarkan pro-rata tempoh pelantikan. Bagi yang telah memegang jawatan Pentadbir Akademik di awal tahun penilaian dan tempoh lantikan telah berakhir pada atau sebelum 28 Februari tahun penilaian, wajaran Komponen P bagi jawatan tersebut tidak akan diambilkira sebagai komponen penilaian tahun penilaian.
Kemas kini: 18 Nov 2020