Jabatan Patologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bilik Seminar, Jabatan Patologi yang terletak di Tingkat 15, Blok Pra-klinikal dilengkapi dengan fasiliti seperti set komputer, projektor LCD, alat pandang dengar, pembesar suara, rostrum, set kerusi meja mesyuarat dan set kerusi meja seminar. Bilik ini boleh memuatkan maksimum 60 orang pada satu sesi.

Bilik seminar ini sangat sesuai untuk digunakan bagi tujuan mesyuarat, sesi pengajaran & pembelajaran, seminar, latihan dan sebagainya. Sebarang pertanyaan dan tempahan berkaitan bilik seminar ini perlu dilakukan selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh penggunaan melalui pegawai bertanggungjawab.