Jabatan Patologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Apa Yang Doktor Buat Dengan Apendiks Saya? – Perjalanan Tisu Dari Meja Pembedahan Ke Pentas Mikroskop

Bilangan 9, Jun 2021

Nurwahyuna Rosli, Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan UKM

 Apa Yang Doktor Buat Dengan Apendiks Saya? – Perjalanan Tisu Dari Meja Pembedahan Ke Pentas Mikroskop

Spesimen pembedahan seperti apendiks akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan histopatologi. Histopatologi merupakan satu cabang kepakaran patologi yang melibatkan kajian serta analisis spesimen tisu untuk mengesan sebarang penyakit atau tisu yang abnormal. Proses yang dilalui spesimen bermula dari meja pembedahan ke pentas mikroskop amnya adalah seperti berikut:

Baca Selanjutnya

Esofagus Barrett Dan Penyakit Refluks Gastro-Esofagus

Bilangan 8, Disember 2020

Oleh,
Dr Nurwahyuna Rosli

Esofagus Barrett (BE) adalah keadaan lapisan hujung esofagus di bahagian menghubung ke pangkal perut menjadi rosak oleh refluks asid, mengakibatkan lapisan menebal dan menjadi merah.

Di antara esofagus dan perut terdapat satu injap yang sangat penting, iaitu sfinkter esofagus bawah (LES). Dari masa ke masa, LES mungkin mulai gagal berfungsi, menyebabkan kandungan asid dan kimia keluar dari perut (refluks) dan merosakkan hujung esofagus. Keadaan ini disebut sebagai penyakit refluks gastro-esofagus (GERD). GERD sering disertai dengan gejala seperti pedih ulu hati atau regurgitasi. Pada sesetengah orang, GERD ini boleh mencetuskan perubahan sel yang melapisi hujung esofagus bawah yang menyebabkan esofagus Barrett. Secara histologi, esofagus Barrett (BE) adalah keadaan di mana epitelium turus metaplastik menggantikan epitelium skuama berlintap yang biasanya melapisi hujung esofagus.

Baca Selanjutnya

Sitologi aspirasi jarum halus (FNAC) dalam penyaringan lesi payudara

Bilangan 7, April 2020

Disediakan oleh: Dr. Wong Yin Ping (Pakar Histopatologi/Sitopatologi)1, Asmazila Baharoom (Pegawai Sains Unit Sitopatologi)2
1 Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
2 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz

Sitologi aspirasi jarum halus (FNAC) merupakan prosedur yang mendapat populariti tinggi kerana pendekatannya yang mudah, murah dan cepat di samping dapat dilakukan dengan komplikasi yang sedikit. Ujian/penilaian tiga kali ganda (triple assessment) yang melibatkan penggabungan maklumat klinikal, radiologi dan patologi (sitologi atau histologi) adalah diwajibkan semasa penilaian sesuatu lesi payudara. Indikasi aspirasi jarum halus adalah untuk (i) diagnosa atau sebagai (ii) rawatan. Semua lesi payudara yang boleh dikesan secara sentuhan atau melalui saringan mamografi perlu dinilai melalui ujian tiga kali ganda seperti yang disarankan. Aspirasi jarum halus juga berperanan sebagai rawatan bagi sista benigna payudara melalui aspirasi cecair sista tersebut.

Baca Selanjutnya

Ujian human papillomavirus (hpv): Mengapa, siapa, bila dan bagaimana?

Bilangan 6, Februari 2019

Disediakan oleh:   Dr. Wong Yin Ping (Pakar Histopatologi/Sitopatologi)1, Asmazila Baharoom (Pegawai Sains Unit Sitopatologi)2, Prof Madya Dr. Nurismah Md Isa (Ketua Unit Sitopatologi)1
1Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
2Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz

Nodus limfa sentinel adalah nodus limfa pertama yang menerima aliran cecair limfa dari kawasan badan yang terlibat dengan kanser. Oleh itu, nodus limfa sentinel lebih berkemungkinan terlibat dengan kanser metastatik berbanding nodus limfa bukan sentinel 1. Evaluasi nodus limfa sentinel adalah penting untuk mengetahui perebakan kanser (metastasis) ke nodus-nodus limfa. Eksisi hanya pada nodus limfa sentinel mempunyai kurang morbiditi kepada pesakit berbanding diseksi nodus limfa aksilari.

Baca Selanjutnya

Evaluasi nodus limfa sentinel: Panduan untuk pegawai perubatan dan juruteknologi makmal perubatan

Bilangan 5, Oktober 2018

Pengarang:  Dr. Suria Hayati Md Pauzi, Dr. Wong Yin Ping, Dr. Nordashima Abd Shukor

Nodus limfa sentinel adalah nodus limfa pertama yang menerima aliran cecair limfa dari kawasan badan yang terlibat dengan kanser. Oleh itu, nodus limfa sentinel lebih berkemungkinan terlibat dengan kanser metastatik berbanding nodus limfa bukan sentinel 1. Evaluasi nodus limfa sentinel adalah penting untuk mengetahui perebakan kanser (metastasis) ke nodus-nodus limfa. Eksisi hanya pada nodus limfa sentinel mempunyai kurang morbiditi kepada pesakit berbanding diseksi nodus limfa aksilari.

Baca Selanjutnya

Penyaringan ketumbuhan melalui aspirasi jarum halus

Bilangan 4, September 2018

Disediakan oleh: Dr. Wong Yin Ping (Pakar Histopatologi/Sitopatologi)1, Dr. Suria Hayati Md. Pauzi (Pakar Histopatologi/ Sitopatologi)1, Asmazila Baharoom (Pegawai Sains Unit Sitopatologi)2, Prof Madya Dr. Nurismah Md Isa (Ketua Unit Sitopatologi)1

1 Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
2 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz

Aspirasi jarum halus merupakan salah satu teknik yang boleh digunapakai untuk menilai semua jenis ketumbuhan/ lesi sama ada boleh dirasai secara sentuhan atau tidak. Aspirasi boleh dilakukan secara terus untuk ketumbuhan superfisial dan mempunyai saiz lebih daripada 10mm. Manakala untuk ketumbuhan yang berlokasi lebih dalam atau bersaiz kecil (< 10mm), aspirasi boleh dijalankan dengan panduan ultrasonografi atau imbasan CT.

Baca Selanjutnya

Menganggar umur manusia pada waktu kematian dari tulang kortikal: Sistem automasi

Bilangan 3, Ogos 2018

Pengarang: Profesor Madya Dr. Faridah Mohd Nor

Perubahan kerangka manusia seiring dengan peningkatan usia dan perubahan kepadatan tulang. Tisu tulang menyimpan maklumat yang boleh digunakan untuk meramalkan umur manusia ketika meninggal dunia. Kaedah lama untuk menentukan umur manusia adalah dengan melihat hubungan rapat antara peningkatan umur dan struktur mikro tulang. Analisis mikroskopik daripada haversian canal dianalisis dengan menggunakan teknik ini untuk membuat anggaran usia manusia. Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan kaedah baru yang berpandukan kepada teknik pemprosesan imej yang boleh digunakan untuk mengesan dan menganalisis struktur mikro tulang dari imej mikroskopik.

Baca Selanjutnya

MikroRNA dan IsomiRs: Kecil Tetapi Berperanan Besar

Bilangan 2, Januari 2018

Pengarang: Tan Geok Chin dan Nur Maya Sabrina Tizen Laim

MikroRNA mempunyai saiz dalam lingkungan 19-25 nukleotida dan tergolong dalam salah satu kelas RNA bukan pengekodan yang berfungsi tetapi tidak ditranslasikan menjadi protein. RNA bukan pengekodan terdiri daripada RNA pemindah (transfer RNA - tRNA), RNA ribosom (rRNA), RNA nukleolar kecil (snoRNA), mikroRNA (miRNA), RNA pengganggu kecil (small interfering RNA - siRNA), RNA nukleus kecil (snRNA), RNA piwi-berinteraksi (piwi-interacting RNA - piRNA) dan ncRNA bersaiz panjang. Berdasarkan pangkalan data miRBase yang terkini, lebih kurang 1881 pra-miRNA dan 2588 miRNA manusia matang telah diidentifikasi (miRBase, Jun 2014).1

Baca Selanjutnya

Plasenta: Teman Si Bayi

Bilangan 1, Januari 2018

Pengarang: Tan Geok Chin dan Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Plasenta mempunyai banyak nama: teman, rakan sebilik, malaikat pelindung, diari kehamilan, dan sebagainya. Plasenta merupakan rakan sebilik bayi yang pertama dan menjadi peneman sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan dalam rahim ibu. Ia terletak di antara janin dan rahim ibu serta mempunyai dwifungsi. Ia memberikan sokongan hidup kepada janin dan juga mempengaruhi otak ibu untuk mengekalkan kehamilan serta bersiap sedia untuk menghadapi penjagaan selepas bersalin. Adakah plasenta merupakan sebahagian daripada ibu atau janin? Ia memang terdiri daripada kedua-duanya; ibu dan janin, serta terbahagi kepada 4 bahagian: tali pusat, selaput atau membran, chorionic villi dan decidua.

Baca Selanjutnya