Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Syarat Kemasukan

Kriteria dan mekanisme pemilihan pelajar bagi PhD Pediatrik

Fakulti Perubatan dan Jabatan Pediatrik terlibat bertanggungjawab bagi pemilihan pelajar untuk program PhD. Syarat penerimaan masuk adalah sepertimana yang telah digariskan dalam Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) dan Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah) untuk Doktor Falsafah.

Syarat Penerimaan Masuk adalah seperti berikut: 

  • Ijazah Sarjana yang berkaitan dengan program daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau daripada universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Lain-lain kelayakan profesional/ vokasional berkaitan atau pengalaman berkaitan yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana oleh Senat; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diperolehi daripada Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APPT) yang berkaitan dengan program, setelah mendapatkan pengiktirafan Senat; atau
  • Sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Sains Perubatan yang berkaitan dengan program di Universiti Kebangsaan Malaysia dan disyorkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk penukaran kepada program Doktor Falsafah (PhD) dengan kelulusan Senat; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kelas Kepujian Pertama atau bersamaan dengan Gred Kumulatif Purata (PNGK) tidak kurang daripada 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Surat sokongan kewangan pemohon mestilah disertakan (i.e. Affidavit penaja atau surat pengesahan penjamin). Pemohon antarabangsa dan semua pemohon yang dibiayai sendiri perlu menyertakan surat pengesahan kemampuan pembiayaan, jaminan kewangan dari bank atau institusi kewangan yang sah; dan
  • Memenuhi syarat lain yang diperlukan oleh program dan institusi; dan
  • Memenuhi syarat lain Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Perincian syarat kemasukan bagi program Doktor Falsafah di bawah Fakulti Perubatan: 

  • Keperluan minima Universiti untuk pelajar tempatan adalah PNGK 3.0 bagi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Perubatan atau ijazah yang bersamaan
  • Mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda perubatan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Gred B dalam pengkhususan yang berkaitan
  • Kriteria kemasukan untuk pelajar antarabangsa adalah sekurang-kurangnya Gred B atau yang setara untuk ijazah Sarjana Muda Sains dengan IELTS 6.5 atau TOEFL 575
  • Semua pelajar perlulah ditemuduga sebelum ditawarkan tempat 

Syarat kemasukan yang sama diguna pakai bagi pelajar dengan keperluan khas, tanpa sebarang kriteria tambahan.    Kemasukan para pelajar baru adalah berdasarkan kriteria akademik yang tersenarai di atas. Bagi permohonan sebarang program, pelajar perlu mengisi borang permohonan secara online dan mengemukakan dokumen yang diperlukan bagi memenuhi polisi kemasukan dari Sekretariat Pengajian Pascasiswazah. Setiap permohonan disaring dan dipastikan memenuhi kriteria kemasukan sebelum permohonan tersebut dimajukan kepada pihak Jabatan.