Kumpulan Pegawai Sains – KSAINS

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Kumpulan Pegawai Sains UKM ditubuhkan pada 18 Mac 2005 bertujuan memberi maklumat berkenaan peranan dan tugas hakiki Pegawai Sains dalam Skim Perkhidmatan Sains, peranan Pegawai Sains dalam meningkatkan penyelidikan Universiti, bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan di kalangan ahli-ahli, merancang dan menjalankan aktiviti bersama, menjaga kebajikan serta merapatkan hubungan antara Pegawai Sains.

Selain itu laman web ini ditubuhkan sebagai pengenalan kepada komuniti pegawai sains UKM untuk menghebahkan apa sahaja isu dan berita terkini tentang perkembangan Pegawai Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia. Masing-masing boleh menyumbang apa sahaja berita dan idea untuk diketengahkan demi untuk meningkatkan lagi prestasi dan kredibiliti selama menjalankan tugas di Taman Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya sama-sama dapat berganding bahu dan bantu membantu untuk memartabatkan UKM di mata dunia.