You are currently viewing Majlis Malam Gala UKM 2023

Majlis Malam Gala UKM 2023

Malam Gala UKM dengan temanya Pentadbir Cemerlang, Universiti Gemilang yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar UKM dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI).
 
Malam Gala UKM ini merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan sebagai tanda penghargaan kepada P&P staf yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan universiti watan ini. Majlis yang bertempat di Grand Ballroom, Bangi Resort Hotel ini telah di rasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Malam yang penuh kemeriahan ini telah dihadiri oleh staf Pengurusan & Profesional (P&P) daripada pelbagai Skim dan Pusat Tanggungjawab di UKM bagi memberikan fokus kepada kejayaan Universiti yang dicapai melalui komitmen dan penglibatan staf P&P yang bertungkus-lumus bagi memastikan hasrat dan visi Universiti menjadi kenyataan.
 
Objektif Malam Gala UKM ini juga bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan penglibatan mereka melalui Anugerah PERTADI kepada mereka yang banyak memberikan sumbangan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan seperti dalam bidang Penulisan, Penyelidikan mahupun dalam bidang Tadbir Urus. Untuk makluman, sebanyak 16 anugerah telah disampaikan kepada P&P yang cemerlang bagi membakar semangat pejawat awat dalam kategori (P&P) ini.
 
Anugerah yang disampaikan juga merangkumi kemampuan dan kebolehan semua skim dalam menjayakan dan mendayakan lagi kecemerlangan UKM.
UKM beriltizam untuk terus giat menjalankan lagi usaha sebegini pada peringkat lain bagi memastikan momentum kejayaan ini diserap dan menjadi hela nafas setiap warganya.
 
Selain daripada meraikan kejayaan staf P&P UKM, objektif penganjuran Malam Gala UKM ini juga adalah untuk menjadi sebuah wadah buat pengurusan tertinggi Universiti untuk merapatkan hubungan dan berinteraksi bersama staf P&P.
 
Turut hadir adalah YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak Pengerusi, Lembaga Pengarah UKM; Yang Berbahagia Ahli Lembaga Pengarah UKM; YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor; Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Naib Canselor UKM; YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Malam Gala UKM 2023; Para Pegawai Pengurusan Tertinggi UKM; Yang Mulia Raja Herman Shah Raja Arifin, Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI); YBrs. Tuan Haji Zanudin Mohd Daud Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UKM; dan Pegawai-Pegawai Kanan UKM.