Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM mengetuai Program Gotong Royong Perdana yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen UKM ke-51, pagi ini.
Program anjuran Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Prasarana (PRASARANA) UKM dan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (I-KOM) ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM.
Aktivit gotong-royong perdana yang meliputi kawasan sekitar Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Perkarangan Masjid UKM dan Taman Selaka UKM ini bertujuan untuk membaik pulih dan memperindahkan kawasan yang terlibat sebelum majlis konvokesyen yang akan bermula Sabtu ini.
Ribuan terima kasih kepada warga universiti yang terlibat dalam usaha murni membantu menceriakan kawasan di sekitar DECTAR, Perkarangan Masjid UKM dan Taman Selaka UKM ini.
Hadir sama adalah Mejar Dato’ Asri Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan UKM; Encik Zolkefli Mohamed, Pengarah PRASARANA dan Dr. Aida Hanim A.Hamid, Pengarah I-KOM UKM.