Pekeliling Jabatan Pendaftar Bil.9-2024

Semua Warga
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BIL. 9/2024
– PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BORANG TERKINI JABATAN PENDAFTAR SELARAS DENGAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI PENGURUSAN PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN (SPKPPP)
 
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.
 
2. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendaftar telah  mengemaskini borang-borang berkaitan perkhidmatan Jabatan ini melalui laman sesawang Jabatan Pendaftar menerusi pautan (https://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/) dan Sistem Pengurusan Dokumen UKM (SPDUKM) (Jabatan Pendaftar – Main (ukm.my)).
 
3. Bersama-sama ini, dilampirkan Pekeliling Jabatan Pendaftar Bil. 9/2024 mengenai Pemakluman Penggunaan Borang Terkini Jabatan Pendaftar Selaras Dengan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) untuk perhatian YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.