You are currently viewing Hari Terbuka Jabatan Pendaftar 2024

Hari Terbuka Jabatan Pendaftar 2024

Hari Terbuka Jabatan Pendaftar UKM 2024 telah melabuhkan tirainya hari ini. Program yang berjalan selama dua (2) hari di Persada Canselori dan sekitar bangunan Canselori ini telah berlangsung dengan jayanya. Pelaksanaan program anjuran Jabatan Pendaftar UKM ini telah dihadiri sekurang-kurangnya 1000 warga UKM yang terdiri daripada golongan Pensyarah, Pengurusan & Profesional (P&P), kakitangan pelaksana dan staf sokongan dari semua PTj.
 
Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi UKM atas sokongan penuh yang diberikan. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua rakan strategik dan PTj-PTj serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
Syabas dan tahniah khususnya kepada warga Jabatan Pendaftar kerana telah berjaya melaksanakan Hari Terbuka Jabatan Pendaftar UKM 2024 dengan gilang gemilang.
Semoga pelaksanaan program sebegini dapat diteruskan bertujuan untuk mewujudkan interaksi dua hala antara warga dan PTj yang menganjurkan disamping dapat merapatkan lagi ukhwah, mengukuhkan nilai kepimpinan dan kerja berpasukan agar Universiti mampu untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat yang tertinggi.