You are currently viewing Bengkel Perancangan Strategik Bahagian Sumber Manusia Tahun 2025

Bengkel Perancangan Strategik Bahagian Sumber Manusia Tahun 2025

Pejabat Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan sebuah Bengkel Perancangan Strategik Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Tahun 2025 pada 25hb Februari 2025.
 
Bengkel yang bertempat di Dewan Jasmine 1, Bangi Avenue Convention Center (BACC) ini bertujuan untuk membincangkan dan membentangkan pelan perancangan strategik bagi setiap Unit di dalam BSM untuk memastikan kelancaran operasi dan proses kerja berintegriti serta meningkatkan kepuasan pelanggan.
 
Setiap unit di BSM juga telah membentangkan pelaporan KPI, pencapaian dan cabaran yang dihadapi dalam tahun 2024, serta cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat pada tahun 2025 berdasarkan prestasi tahun sebelumnya.
Turut hadir bersama ke bengkel ini adalah Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM, yang mengambil peluang untuk melihat dan menilai perancangan yang dibuat oleh BSM serta memberikan input-input yang akan membantu bahagian ini untuk meningkatkan kualiti dan hasil kerja pada tahun 2025.