You are currently viewing Jemputan Pendaftar Untuk Menghadiri Sanggar Kerja Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA)

Jemputan Pendaftar Untuk Menghadiri Sanggar Kerja Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA)

12 Februari 2022 (Sabtu) – YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor dan YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin bin Sadakkuthulla, Pendaftar telah dijemput menghadiri Sanggar Kerja Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) di D’ Wharf Hotel & Serviced, Port Dickson dalam sesi sembang santai bersama Ahli Jawatankuasa KESUKMA.
 
Sesi perbincangan dua hala ini bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan komentar daripada daripada kedua-dua pihak mengenai kebajikan ahli KESUKMA yang diwakili oleh En. Abdul Rahman Hj. Nordin, Presiden KESUKMA agar selaras dengan hala tuju, peranan dan tanggungjawab sebagai warga Universiti. Naib Canselor turut berkesempatan menyampaikan surat watikah pelantikan kepada AJK KESUKMA yang dilantik bagi Sesi 2021-2024.
 
Tahniah diucapkan!