You are currently viewing Kunjungan Hormat Kerjasama UKM dan Institut Yudhoyono

Kunjungan Hormat Kerjasama UKM dan Institut Yudhoyono

Delegasi kunjungan yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman bersama pengurusan UKM yang terdiri daripada Pendaftar, Bendahari, Pro NC, Dekan dan Pengarah melawat Bapak Susilo pada 20 September 2022.
 
Kunjungan ini secara lanjut memperkukuhkan kerjasama antara UKM – IY akan menubuhkan JK Teknikal yang memfokuskan kepada gerak kerja bagi mencari solusi kepada cabaran geopolitik, ekonomi dan perubahan iklim di rantau asia tenggara. Bapak Susilo merupakan Mantan Presiden Indonesia Keenam dan telah menyampaikan Syarahan Canselor Tuanku Mukhriz yang diadakan pada 16 Ogos 2022 lalu.
 
Semoga kerjasama ini dapat membuahkan hasil dan manfaat kepada kedua – dua institusi secara amnya kepada seluruh rantau asia tenggara.