You are currently viewing Lawatan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Lawatan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM menghadiri sesi lawatan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bagi melihat pelaksanaan Menu Siswa Rahmah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di Kafeteria Randau Rasa.
 
Hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dalam mengadaptasikan konsep Menu Siswa Rahmah di Institut Pengajian Tinggi Awam telah disambut baik oleh pihak UKM. Usaha ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama daripada Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA UKM) dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi melaksanakan Menu Siswa Rahmah UKM.
 
Terdapat tujuh unit kafeteria / kiosk yang menyediakan Menu Siswa Rahmah pada harga serendah RM3.50. Manakala, hampir keseluruhan kafeteria / kiosk di UKM menyediakan Menu Rahmah pada harga kurang RM5 sepinggan.
 
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) Encik Ahmad Rizal Adnan; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; serta Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pegawai pengurusan tertinggi UKM.