Majlis iftar disertai YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan serta barisan pengurusan bagi penyampaian sumbangan bantuan pelajar B40 daripada pihak KTDI dan menyantuni para mahasiswa. YBhg. Prof Dato’ Naib Canselor juga berkesempatan dalam menyampaikan lemang dan rendang oleh beliau kepada para tetamu.
Majlis yang dilangsungkan di foyer Bangunan Pra Klinikal Fakulti Perubatan UKM pada 20 April diraikan bersama – sama 100 orang pelajar yang terdiri dari Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur atas majlis yang penuh bermakna dalam bulan yang penuh barakah ini. Semoga program ini dapat merapatkan ukhwah antara pengurusan dan para mahasiswa.