You are currently viewing Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat UKM

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat UKM

YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Muhamad Abd Razak, Pengerusi LPU UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman dan Pengurusan Tertinggi Universiti bersama – sama warga UKM dalam majlis yang penuh bermakna ini.
 
Majlis yang ringkas ini disambut dengan ceria dan bermakna apabila penyerahan bendera kepada setiap gugusan serta ucapan oleh Naib Canselor.
UKM merupakan Universiti Watan yang ditubuhkan oleh hasrat rakyat ketika itu yang menginginkan sebuah universiti beraspirasikan kebangsaan sejajar dengan jiwa rakyat yang merdeka.
 
Warga UKM juga diingatkan agar mempunyai jiwa yang besar dalam menyumbang keringat dan usaha kepada pembangunan negara Malaysia.
 
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!