You are currently viewing Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan UKM 2024

Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan UKM 2024

Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan 2024 
 
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman mengiringi Ketua Setiausaha Negara merangkap Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz ke Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan UKM Tahun 2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, hari ini.
 
Seramai 724 warga UKM menerima anugerah ini yang merangkumi Anugerah Perkhidmatan 30 tahun, Anugerah Perkhidmatan 20 tahun dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024.
Dalam ucapan persmian, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah. Beliau berharap agar pengiktirafan ini akan terus menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua warga UKM untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.
Dato’ Naib Canselor merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan 2024 dan Jawatankuasa Pelaksanaan di bawah Jabatan Pendaftar, yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh kegemilangan.
Semoga prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh semua penerima anugerah menjadi contoh kepada semua warga UKM yang lain dan memberi impak yang positif ke arah kecemerlangan universiti watan ini.
 
Turut hadir ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato’ Dr. Hj Adnan Mat; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah UKM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Tuan Hj Zanudin Mohd Daud yang menjalankan fungsi Pendaftar merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sempena Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan Tahun 2024; Setiausaha Agung CUEPACS, Encik Abdul Rahman Hj. Mohd Nordin dan Pengurusan Tertinggi Universiti.