You are currently viewing Majlis Sanjungan Budi Pesara 2024

Majlis Sanjungan Budi Pesara 2024

Majlis Sanjungan Budi Pesara UKM 2024 telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) sebagai tanda penghormatan kepada 144 pesara dan bakal pesara yang telah menyumbang kepada kecemerlangan universiti.
 
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor.
Majlis ini meraikan pesara wajib, pesara pilihan dan kakitangan yang dibersarakan atas sebab kesihatan bagi tempoh Januari hingga Disember 2024. Turut diperingati ialah sembilan kakitangan yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
 
Sebagai penghargaan, UKM menyerahkan sijil penghargaan, plak dan cenderahati wang tunai sebanyak RM600 kepada setiap pesara.
Antara yang diraikan termasuk mantan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan mantan Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad.
 
Dalam ucapannya, Prof. Dr. Abdul Halim mengucapkan terima kasih atas dedikasi para pesara sepanjang perkhidmatan mereka. Beliau turut memperkenalkan Anugerah Sanjungan Watan, sebuah pengiktirafan khas kepada pesara yang memberi impak positif dalam bidang keusahawanan, pendidikan, sosial dan khidmat masyarakat selepas persaraan.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria, Dato’ Yeow Wah Chin, Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi dan Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.
 
Hadir sama, Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Puan Zarina Halim, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, yang menjalankan fungsi Pendaftar, Bendahari, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Ketua Pustakawan, Cik Rohaya Umar dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad.